Pages

Monday, March 14, 2011

Convoy To Aqram Wedding Ipoh 130311

Sedikit Penerangan
---------------------------

Konvoi kali ni adalah utk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan En Aqram (Epson-PXPM) yang akan dilangsungkn di Politeknik Ungku Omar,Ipoh...so,location target adalah Ipoh dan main route yg digunakan adalah naik kt Highway Plus Sg bUloh & keluar di exit Simpang pulai...

Konvoi kali ini akan disertai oleh 5 biji motorsikal (ebikerz group) iatu Aprilia Pegaso+Kawa ER6n+Suzuki GS+Yamaha Virago+Kawa 150RR...dan juga 3 biji kereta...tempat berkumpul adalah di restoren Wahid sri Damansara...

Tarikh 13/3/11..masa 8.00am..Lokasi Restoren Wahid Sri Damansara...
----------------------------------------------------------------------------------------


Group ebikerz yg join...Bro Asri Pegaso+Mr Kaspi RR+Mr Adha GS+Bro Otai Ajis Maplay Virago...masa ni sume tgh pekena sarapan apa yg patut,teh tarik+roti canai+nasilemak...

Dan x lupa juga lg sorg ebikerz yang macho ni...Bro Macho Zool er6n...mmg smart la brader ni...


Antara bdk2 jahat yg join...naik keta...Mr Hapiz+Mr Shazreen+Mr Amin dgn gaya lahapnya...

Dan x lupa juga Mr Zam (pakai bju m'sia)+Mr X (yg hujung tu,x tau nama)+Mr Kaspi (minum smbil tidur tu)...


Gmbar sume termasuk yg baru smpai...

Masa ni terselit jugak Bro Azman PX (yg pegang teh tu) disamping kluarga tersayang dtg sarapan kt Wahid...ingat pergi sama tp rupanya sarapan jer la...

Dalam kira2 jam 9.45am,sume peserta2 pun mula bertolak dari wahid menuju ke highway sg buloh...total fulus yg kluar mkn srapn td adlah rm4.40 (mihun+nasilemak+roticanai+tehtarik)...masa brtolak ni antara group ebikerz dgn group yg naik keta adalah berasingan ttp yg penting akan jumpa kt Ipoh nnti...tp mengikut chief of the mission kali ni ,bro asri,ebikerz akan berhenti seketika di RnR tapah utk minum2 ringan+isi minyak...

Masa nk gerak dari wahid...tgh siap2...

Tarikh 13/3/11...masa 11.34am..mileage 136.8km...RnR Tapah...
--------------------------------------------------------------------------------


Parking secara kemas & berkhemah pada no parking lot kt RnR tapah...

Lepak punya lepak,dlm kira2 5 minit tiba2 muncul plak Bro otai Yus+kluarganya dgn menaiki myvi putihnya (moto saving smpan rmh)...bro yus sama tmpat tujuan tp td lmbt skit dr sunway,patutnya sama2 port kt wahid td...

Gambar Bro Yus bersama keluarga tersayang...org rmh+anak...trpk gak bila la aku nk mcm ni...haha

Dalam lebih kurang jam 12.15pm...kitaorg pun mula bergerak dr tempt makn ni utk isi minyak...fulus yg kluar utk makan ini adalah rm3.90 (tehais+sandwich)..pastu isi minyak jp kt petronas tapah,minyak still ada 3 bar tp isi penuh rm9.03...dh settle sume trs shoot pg ipoh...

Tarikh 13/3/11...12.45pm...mileage 189.2km...Poli Ungku Omar Ipoh...
--------------------------------------------------------------------------------------

Masa smpai kt PUO...parking betul2 kt depan dewan PUO tmpat brlangsungnya majlis...


Majlis tu guna 2 jenis dewan...satu tertutup & satu lg terbuka...yg terbuka tu dipanggil dataran premier...tgk gmbr tu...

Bergambar sejenak di bangunan lama PUO...masih mengekalkan rekabentuk lamanya...mmg nmpk classic...

Utk pengetahuan,kitaorg smpai btl2 sama dgn rombongan pengantin...masa ni kedua mmpelai diarak dr kereta masuk ke dewan utama...mmg segak Aqram masa tu mcm pendekar+srikandi malaya..

Masa pengantin masuk ke dalam dewan...siap pintu gerbang berbunga tu...

Pengantin makan beradab..byk lauk tu...x ajakkk...

Gmbar rakan2 Epson sedang mencekik...bab makan ni mmg diorg x pandang kiri kanan punya...

Lagi gmbr bdk2 jahat Epson...senyum jer lepas mencekik...

Antara hidangan yg disediakan tuanrumah...nasi briani+ayam lemon+rendang daging...ayam lemon tu mmg sedap woo..kaw2 la...

Lg hidangan adalah sayur+buah+sambal...tgk jer la gmbr tu...

Disediakan juga adalah air sirap yg sedap...x lebih,x kurang...mmg sedap sirap dia bila minum tgh2 panas tu..

Sebagai pencuci mulut+penghilang dahaga,disediakan juga satu stall cendol utk para jemputan...mmg A la cendol dia...

Suasana meriah dalam dewan...meriah & terkawal...

Pandangan dr bhg belakang dewan...

Pusing punya pusing,rupanya terselit 3 rakan Epson yg turut hadir...Mr Razak+Mr keon+Mr Azman...mmg bagus la lu org,support beb...

Bergambar beramai2 antara pengantin & rakan2 Epson yg hadir...

Tgh siap2 brkemas nk balik...

Bergambar di tugu buatan di PUO sebelum keluar...kira2 jam 3.00pm kitaorg pun kluar dr PUO menuju ke masjid brhadapan utk menunaikan solat+rehat2 skit...

Tarikh 13/3/11...3.00pm..mileage 190.2km...Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Parking moto cun2 kt depan masjid...bersebelahan bangunan Institut Tadbiran Islam Perak...

Gambar pintu hadapan masjid...

Gambar dr dalam kawasan solat...mmg nyaman,siap ada aircond tu...

Membungkang seketika bersama kitkat...rehat2+tidur jap...

Menggunakan formasi tidur 3 selari...

Kira2 dalam jam 4.00pm,kitaorg pun siap2 utk bertolak balik...tp dgn x sekonyong2nya,tiba2 muncul Mr Afiq Gilera kt depan masjid utk bersama2 join kitaorg balik ke KL,masa tu dia bru ambik moto kt penang...dh settle sume,kitaorg pun mula bergerak ke shell ipoh utk isi minyak,masa tu isi la rm6.00 walaupun still ada 3 bar...pastu trs shoot ke lokasi strsnya iaitu RnR simpang pulai utk makan2+minum ringan...

Tarikh 13/3/11...masa 4.20pm...mileage 203.1km...RnR Simpang Pulai...
-----------------------------------------------------------------------------------------


Makan2+minum2 petang sebelum perjalanan..masa tu bantai teh ais+nasi lemak+bihun sup...

Bersama Mr Afiq yg baru join...siap pkai neck tie tu...kaw2 la..

Mihun sup simpang pulai yg mnjd pujaan Mr kaspi...masa tu dia bernazar utk repeat blk mihun sup ni bila dh pakai CBR250 nnti..hrp2 cpt2 la mnjadi knyataan..Amin...

Kira2 jam 5.15pm,kitaorg pun trs bertolak ke lokasi seterusnya iaitu RnR Ulu Bernam...

Tarikh 13/3/11...masa 6.30pm...mileage 307.0km...RnR Ulu Bernam...
-------------------------------------------------------------------------------------

Sekali lg menunujukkan tahap disiplin yg tinggi ketika parking moto kt RnR Ulu Bernam...kemas & teratur...


Tapi nk dijadikan cerita,masa smpai jr kt Ulu bernam,satu citer misteri+pelik tp benar telah berlaku kt moto ER6 kesayanganku,bila aku parking jer moto masa tu,tiba2 aku terpandang sayup2 ke bhg ekzos ada satu objek pelik berada kt situ...belek punya belek,rupa2nya objek tersebut adalah sehelai underwear telah tersangkut kt bhg ekzos tu,x tau la dr mana trsangkut,underwear murah lak tu,mmg sah la bkn aku punya sbb underwear aku sume mahal2,john master...mmg majal betul la...sape punya baik mengaku woiii...

Masa smpai jer kt sni,sbnrnya chief Bro Asri telah awal2 memikirkan utk meng'adventure'kan lg ride kali ni,dia telah mncadangkan utk pekena the most popular "PAU" at tg malim which is YIK MUN PAU...so,kitaorg pun trs cargas masuk kt exit tg malim,menghala ke upsi,dlm 5km smpai la kitaorg kt tmpat tu...

Tarikh 13/3/11...masa 6.55pm...mileage 312.0km...Yik Mun Pau Tg Malim...
--------------------------------------------------------------------------------------------

Wajah2 pelahap paling popular pd tahun ini...kt Yik mun Pau...mmg best la pau dia...

Terpaku dgn keenakan pau yik mun...sehingga hilang kata2...

Wajah sebenar Yik Mun Pau...dr bhg atas...

Gambaran dr bawah pau..siap ada jenama+jenis pau+logo halal skali...overall rasa pau ni mmg sedap,lembut+menyelerakan...air minum pun ok...lain2 menu cm nasi goreng+mihun+lauk2 pun ada gak...masa tu aku layan skali menu Nasi Goreng Yik Mun Special,pergh,mmg ada rasa+sedap+byk isi+nasi byk...cuma masa kitaorg smpai tu,org mmg ramai,so,kena main rebut kerusi la plak,lain kali klu nk dtg,disarankan bwk la kerusi lipat skali...fulus yg kluar masa ni adalah rm9.10...

Masa tgh sedap2 port kt sini,tiba2 hujan pun turun dgn lebatnya,jadi,kna la tggu shingga reda skit sblm bergerak pulang...kira2 jam 8.15pm,hujan dh reda skit,kitaorg pun mula bergerak ke lokasi strsnya iaitu ke rumah masing2...

Tarikh 13/3/11...masa 9.03pm..mileage 375.5km...Rumahku Syurgaku kt Kuang...
-------------------------------------------------------------------------------------

So,akhirnya smpai gk kt rmh & secara totalnya bleh rujuk kira2 kt bwh;

Jumlah blanjer mkn = rm 17.40
Jumlah isi minyak = rm 15.03 (still ada 3 bar)
________________________
Jumlah semua = rm 32.43 (x smpai rm50...)
________________________

* jumlah total mileage 375.5km.

So,smpai sni shj citer utk ride kali...trskn follow blog ini utk citer2 akan dtg...

Ok...tamat sudah...chowsin...

No comments:

Post a Comment